Sambutan Bulan Digital UPM 2025 merupakan inisiatif strategik Universiti Putra Malaysia yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada agenda transformasi digital institusi pengajian tinggi di Malaysia. Dalam era ledakan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI), UPM mengambil pendekakan proaktif untuk memastikan warga kampusnya tidak ketinggalan dalam arus perdana transformasi digital selaras dengan Kerangka Transformasi Digital UPM, Anjakan Strategi Digital First serta berpandukan TRUE NORTH UPM.
TEMA: "Digital First, Innovation Always"
Pembangunan Ekosistem Digital: Mempercepatkan transformasi digital dalam kalangan warga universiti.
Peningkatan Literasi Digital: Warga kampus memperoleh kemahiran dan pengetahuan baharu dalam teknologi digital.
Pemerkasaan Inovasi: Mendorong dan menggalakkan pelajar dan staf untuk penghasilan penyelesaian inovatif
Peningkatan Kecekapan Penggunaan Teknologi: Menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam kehidupan harian, pembelajaran, dan pengurusan.